Monday, July 5, 2010

Sesi pengenalan...

Sebenarnya dah lama aku terasa nak menceburkan diri dalam bidang blog-memblog nih, tapi disebabkan tahap kemalasan yang berkadar terus dengan kekurangan motivasi, di asimilasikan pulak dengan tak tau menda nak tulis, maka aku pun telah menunda niat aku selama nih.

Tapi hari ni tak tau kenapa rasa malas lak nak buat keja, maybe monday kot (cliche as f***, I know...). So dari aku buang masa, aku pikir2 apa menatang aku nak blogkan. Ujung2 aku decide nak tulis pasal benda yang aku minat la, senang sikit. Maka ini lah dia, blog rojak tentang aliran muzik punk-rock & hard rock dan juga (mungkin) serba sedikit tentang perkara2 umum yang lain. Segala info dan perkara2 yang bakal aku blogkan nanti adalah berdasarkan pengetahuan am aku dan juga aku pinjam dari buku, majalah, zine, website atau blog2 sedara mara yang lain. Jadi, sebagai disclaimer, jika ada sebarang percanggahan fakta atau kesilapan informasi jangan nak ambik hati sangat.

Maka, dengan lafaz 'Bismillahirrahmanirrahim' aku mulakan entry pertama dengan clip youtube ACAB - Genggam (credit to Obituary24): dipetik dari album ACAB - Bangun. pada aku antara album terbaik ACAB, tapi ramai geng2 skinhead cakap ACAB 'sell-out' pasal album ni. Even Eddy (guitarist ACAB) pun tak involve dgn album ni, ntah la...anyway forget all the bullshit, just enjoy the clip.


4 comments:

  1. Selamat memblogging bro... nampak macam ada harapan blog ni heheh...

    ReplyDelete
  2. Thanks batara. Kalu ada suggestion, jgn malu2 inform saja.

    ReplyDelete
  3. gua nak berkenalan dengan band crusty malaysia... sila rebiu dan buat artikel sikit.

    ReplyDelete
  4. Aku kdg2 takleh nak beza crust dgn grindcore, tapi takpe next time aku try buat artikel psl band cam apparatus, onani etc...

    ReplyDelete