Tuesday, July 6, 2010

Kebangkitan semula...

Tahun 2010 ini memberi sedikit keceriaan kepada aku sebagai peminat muzik rock kerana pada tahun ini menampakkan kebangkitan semula band2 veteran hard rock & punk dalam arena persembahan pentas.

Walaupun dari segi penghasilan material baru oleh band2 veteran ni kebelakangan ini agak suram, mungkin disebabkan kegawatan ekonomi kot ;P, tapi mereka semakin aktif dengan comeback show yang boleh dikatakan agak berjaya. Diharapkan lebih ramai penganjur2 dan juga peminat2 muzik rock memberikan sokongan agar mereka dapat meneruskan usaha murni ini pada masa hadapan.

Ultimate Rock Show tahun ni (setakat ni la) memang tak lain tak bukan ialah Double Trouble - Wings & Search kat Bkt. Kiara Equestrian Club la. Tapi aku malas nak komen panjang pasal show ni sebab diorang ni dah memang established dan dah ada fan-based yang sanggup redah hujan ribut semata-mata nak gi 'hangguk kepala' barang sejam-dua (aku le tuh...:D). Komen aku untuk show tu cuma ini: AKU BANGGA DENGAN BAND ROCK TEMPATAN!!! Dan kepada pihak2 berkenaan yang ragu2 nak sponsor/support konsert Wings & Search memang BANGANG. Picture this...20,000 people singing 'Gemuruh' at the same time, it was uber awesome!

Tapi yang buat aku excited sangat2 tahun ni ialah kembali nya dua Punk Rock Pioneer ke arena muzik tempatan yang makin 'semak' tetapi 'statik' ini. The Splatters dan Subculture kini telah kembali aktif dengan show dan material baru masing2. Bulan lepas aku dengan semangat berkobar-kobar pegi show diorang untuk Dethrock Dancing Fest 2010 kat 1Cafe Jln. TAR. Tahniah kepada penganjur (Allunan Symphony, Ultra Hingax, Karisma...ada lagi tapi lupa) yang berani buat show ala 'old school' cam gini (band rojak dari Punk Rock, Death Metal sampai Rock Kangkang - Remember Revenge of the Rat, mid 90's?). Dan macam yang aku jangka, The Splatters dgn Sub punya set memang gempak. Sama macam yang aku ingat masa jaman dolu-dolu, umur bkn jadi ukuran beb. Line-up diorang pon dah bertambah, masing2 dah ada extra guitarist. Performance pun tight, ada nampak maturity di situ.

The Splatters main 2 lagu baru (Unite & Win, satu lagi lupa tajuk) dan Subculture pun sama (Ticket to The Moon, Dilema - lagu melayu beb). Dan yang menariknye diorang maintain trademark muzik yang sama macam material yang lepas2. In-your-face, ass-kicking classic punk rock. Takde penambahan 'current flavor', yang pada aku adalah satu tindakan yang bijak. Dengarnya diorang akan release kan dalam bentuk single under label Sonic Velocity (SV). Subculture dah confirm under SV sekarang nih. The Splatters lak under negotiation kot. Harap2 nye, bila dah release nanti ada la stesen radio yang sudi bagi diorang airplay tanpa ada double-standard (agak diragui). Penyokong2 punk rock pulak beli yang original dan pegi tengok show diorang. Believe me kids, they're really kick-ass!!!

The Splatters:






Current Line-up:
Asy - Vocal
Ajax - Lead Guitar
Arnim - Bass
Meor- Drum
Lan - 2nd Guitar


SUBCULTURE:





Current Line-up:
Azreen - Vocals
Fa'O - Guitar
Nizam - Guitar
Izmir - Bass
Sani - Drums

*(Photo credit: Encik Trunasuci - Rockapak.org)

Kepada punk rockers yang dok kat belah utara sana, The Splatters akan perform kat Penang EcoFest 2010, Tapak Pesta Sg. Nibung pada 10 Julai 2010. Apa lagi, pakat gi serbu ramai-ramai. Bloodshed & SYJ pon ada skali tuh. Gila happening...

SUPPORT OUR LOCAL BANDS!!!

No comments:

Post a Comment